Sesungguhnya Abu Bakar
radhiallahu ‘anh merupakan sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam yang paling banyak menderma dengan kerelaan hatinya
dibandingkan dengan para sahabat selainnya. Beliau juga merupakan orang
yang paling banyak membantu baginda dari segala sudut sehinggakan
baginda menjadikannya teman setia serta saudara baginda berbanding para
sahabat lainnya.
![]() |
‘Umar al-Khaththab
radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menyuruh kami bersedekah. Ini bertepatan dengan harta yang ada pada aku.
Aku berkata: “Jika satu hari aku akan menang di atas Abu Bakar, maka
hari inilah aku akan menang atas beliau.” Lalu aku datang dengan
setengah harta aku, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang kamu tinggalkan
untuk ahli keluarga kamu ?” Aku menjawab: “Sepertiga.” Lalu datang pula
Abu Bakar membawa seluruh harta yang ada padanya. Maka bertanya
Rasulullah: “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli
keluarga engkau ?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka
Allah dan Rasul-Nya.” Berkata Umar: “Aku memang tidak akan menang di
atas Abu Bakar sesuatupun selama-lamanya.”
Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:
إِنَّ مِنْ أَمَنِّ
النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبَا بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ
مُتَّخِذًا خَلِيلاً غَيْرَ رَبِّي لاَتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ
أُخُوَّةُ الإِسْلاَمِ وَمَوَدَّتُهُ.
Sesungguhnya manusia
yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan
hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih
selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih,
namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.
A’isyah radhiallahu
‘anha berkata bahawa Abu Bakar telah menginfakkan kepada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam sebanyak 40,000 dirham.[6] Abu Hurairah
radhiallahu ‘anh menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam telah bersabda:
مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ.
Tidak ada harta yang bermanfaat kepada aku sebagaimana harta Abu Bakar telah memberi manfaat kepada aku.
*Sumber dari hafizfirdaus.com
0 komentar:
Posting Komentar